




3. OBJEKTIF/ MATLAMAT
3.1 Tabung Pendidikan Negeri Perak adalah bertujuan sebagai
inisiatif pendidikan dan pelajaran yang merupakan simpanan
pendidikan untuk masa depan anak-anak kelahiran Negeri Perak.
Pengwujudan Tabung Pendidikan Negeri Perak ini adalah untuk
membolehkan anak-anak kelahiran negeri Perak mulai tahun
2010 mempunyai simpanan untuk menjamin pendidikan dan
pelajaran mereka di masa hadapan.
4. SASARAN
4.1 Sasaran utama tabung ini adalah untuk anak-anak yang
dilahirkan di Negeri Perak sahaja. Kelahiran dikira mulai 1/1/2010
selepas jam 12.00 tengah malam. Kelahiran hendaklah didaftar
di Jabatan Pendaftaran Negara didalam Negeri Perak atau
mana-mana tempat dalam Negeri Perak sahaja.
5. PERATURAN/ SYARAT-SYARAT
5.1 Anak kelahiran Negeri Perak adalah bermaksud sepertimana yang termaktub di dalam Akta Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan.
5.2 Kelahiran Anak Negeri Perak bermula pada 1/1/2010 mulai selepas jam 12.00 tengah malam.
5.3 Anak kelahiran Negeri Perak mestilah mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara di Negeri Perak atau mana-mana tempat dalam Negeri Perak dan mempunyai Sijil Kelahiran yang sah.
5.4 Hendaklah mendaftar dengan Yayasan Perak untuk mendapat Tabung Pendidikan Negeri Perak ini melalui borang atau online atau kaedah-kaedah yang akan difikirkan dari masa kesemasa.
5.5 Setiap kelahiran akan mendapat RM200.00 dan wang tersebut akan dimasukkan ke dalam Sekim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
5.6 Ibu/Bapa/Penjaga hendaklah menabung dan menambah
tabungan didalam SSPN dari masa ke semasa.
5.7 Wang simpanan dalam tabungan SSPN ini boleh dikeluarkan
selepas anak kelahiran Negeri Perak tersebut genap 18 tahun ke
atas.
5.8 Sekiranya anak-anak kelahiran Perak yang mendaftar melalui Yayasan Perak dan menabung di dalam SSPN tersebut meninggal dunia sebelum 18 tahun maka wang tersebut akan dikembalikan kepada waris yang mendaftar dengan Yayasan Perak.
|
|