




1. PENGENALAN
1.1 Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan semasa perbentangan
Bajet 2010 di Dewan Undangan Negeri Perak pada 28/10/2009
telah mewujudkan Tabung Pendidikan Negeri Perak.
1.2 Ucapan perbentangan bajet 2010 Y.A.B. Menteri Besar Perak
adalah seperti berikut:-
“Kerajaan Negeri Perak juga akan mewujudkan Tabung
Pendidikan Negeri di mana peruntukan RM200 disediakan untuk kelahiran anak Perak. Inisiatif ini
merupakan simpanan pendidikan mereka untuk masa
hadapan. Bagi tujuan ini peruntukan sebanyak
RM2,000,000 disediakan pada tahun 2010 dan akan
disalurkan melalui Yayasan Perak”.
2. LATAR BELAKANG
2.1 Peruntukan tersebut adalah sebanyak RM200.00 seorang yang
telah disediakan bagi setiap kelahiran anak Perak bermula pada
tahun 2010.
2.2 Peruntukan ini akan disalurkan melalui Yayasan Perak.
2.3 Peruntukan ini bermaksud bahawa sebanyak RM200.00 disediakan bagi setiap kelahiran anak Perak tidak mengira bangsa dan agama.
2.4 Bagi maksud Anak Perak, pengertian seperti yang diperuntukan
dalam Akta Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan iaitu:-
“Pemohon atau Ibu atau Bapa hendaklah lahir di Negeri
Perak atau telah bermastautin dengan tinggal di Negeri
Perak secara berterusan atau mendapat Sijil Kerakyatan
Negeri Perak”.
|
|