




4. Bolehkah saya memohon untuk menukar status pinjaman kepada biasiswa memandangkan saya memperolehi HPNM melebihi 3.50?
Peminjam boleh menukarkan status pinjaman kepada biasiswa sekiranya peminjam mendapat HPNM antara 3.75 hingga 4.00. Jika peminjam hanya memperoleh HPNM diantara 3.50 hingga 3.74, peminjam hanya boleh memohon untuk membayar separuh daripada jumlah keseluruhan pinjaman.
5. Bolehkah saya memohon untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman kerana pada masa ini saya masih lagi tidak mempunyai pekerjaan?
Tidak boleh, tempoh bayaran balik pinjaman adalah enam (6) bulan selepas tamat pengajian seperti yang terdapat di dalam perjanjian. Walaubagaimanapun, boleh diberi budi bicara untuk mengurangkan ansuran bulanan tetapi jumlah pinjaman adalah tetap tidak berubah.
6. Bolehkah saya berurusan dengan Yayasan Perak melalui online?
Setakat ini, Yayasan Perak masih tidak mempunyai sistem berurusan secara “online”.
7. Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi Yayasan Perak?
Yayasan Perak boleh dihubungi dengan cara menelefon atau datang ke Wisma Yayasan Perak. :-
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak
No. 111, Jalan Sultan Idris Shah
30000 Ipoh Perak Darul Ridzuan
Tel : 05 - 2552929
Fax : 05 -2531701
8. Bilakah hari bertemu pelanggan diadakan?
Hari bertemu pelanggan diadakan pada setiap hari Selasa minggu pertama setiap bulan.
9. Apakah aktiviti yang dijalankan oleh Yayasan Perak dalam membangunkan sektor pendidikan negeri Perak?
Yayasan Perak telah menganjurkan pelbagai aktiviti dalam memastikan pembangunan pendidikan di negeri Perak. Antaranya termasuklah Program Tuisyen Gemilang Yayasan Perak, Skim Galakan Tahfiz Al-Quran, Skim Biasiswa Atlit, Skim Biasiswa Kecil dan Dermasiswa Pendidikan Negeri Perak.
10. Bolehkah saya berurusan secara terus dengan Yayasan Perak untuk memohon biasiswa atlit tanpa melalui sekolah atau Pegawai Pelajaran Daerah?
Boleh, tetapi pemohon mestilah mendapat pengesahan dan semakan daripada sekolah dan Pegawai Pendidikan Daerah.
|
|