:: Soalan-Soalan Lazim ::
1. Apakah fungsi Yayasan Perak?

        Yayasan Perak menyediakan bantuan pendidikan untuk anak-anak negeri         Perak yang menuntut di sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi         pengajian tinggi awam (IPTA).

2. Berapakah kadar Dermasiswa Pendidikan Negeri Perak yang disediakan bagi     kursus diperingkat Sijil, Matrikulasi, Diploma dan Sarjana Muda?

        Bagi kursus Sijil akan diberi sumbangan sebanyak RM300, bagi kursus         Diploma RM500, bagi Sarjana Muda (Bukan Profesional) akan diberi         sebanyak RM1000. bagi Sarjana Muda (Profesional) akan diberi sebanyak         RM1200 dan

3. Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon bantuan pelajar miskin     IPTA?

        i. Dermasiswa pendidikan ini bertujuan mnembantu pelajar untuk membuat            persediaan pendaftaran pada kemasukan semester pertama di tahun            pertama (TAWARAN TERKINI) ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA),            IPTS terpilih, Kolej Komuniti, Politeknik dan Pusat Pengajian yang diiktiraf            oleh Kerajaan Negeri Perak di peringkat Sijil, Diploma, Diploma Lanjutan            dan Ijazah Sarjana Muda.

        ii. Pemohon mestilah Anak Negeri Perak Darul Ridzuan yang ditakrifkan             sebagai

            - Pelajar atau ibu atau bapa lahir di Negeri Perak, dan MESTI MENETAP               DI PERAK atau:

            - Keluarga bermastautin melebihi 10 tahun di negeri Perak dengan                           mengemukakan surat pengesahan bermastautin daripada Ketua                          Kampung/ Penghulu/ Pegawai Daerah/ Wakil Rakyat.

        iii. Isirumah (Ibu dan Bapa) berpendapatan dibawah RM1,500.00 sebulan              sahaja (gaji pokok).

        iv. Pemberian sekali sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat              pengajian.

        v. Sekiranya tiada slip gaji, surat PERAKUAN PEKERJAAN dan PENDAPATAN             perlu diperolehi daripada Ketua Kampung/ Penghulu Mukim/ Wakil             Rakyat di kawasan masing-masing.

        vi. Sila sertakan salinan Surat Tawaran Kemasukan TERKINI, salinan K/P              dan Sijil Lahir pelajar, ibu dan bapa, dan salinan Slip Gaji Bapa/ Ibu/              Penjaga yang telah disahkan benar oleh Ketua Kampung/ Penghulu              Mukim/ Pegawai Kerajaan Kelas A/ Wakil Rakyat.

        vii. Salinan Penyata Pencen Bulanan (PESARA SAHAJA).

        viii. Salinan Surat Kematian dan Surat Bercerai (JIKA BERKAITAN).

        ix. Semua dokumen perlu DISAHKAN oleh Ketua Kampung/ Penghulu              Mukim/ Pegawai Kerajaan Kelas A/ Wakil Rakyat.

         x. Permohonan yang TIDAK LENGKAP dan TIDAK disertakan dokumen yang              diperlukan akan DITOLAK.

        xi. Jika tiada sebarang jawapan dalam tempoh 3 minggu dari tarikh              penghantaran borang, permohonan anda dianggap TIDAK BERJAYA.

        xii. Tarikh TUTUP Permohonan : 3 BULAN DARI TARIKH PENDAFTARAN               MASUK.

 

Hakcipta Terpelihara © 2008-2009 Yayasan Perak
>>lagi